Monday, April 13, 2009

Kek Keju Tiga Bahan

Bahan:-

1/2 cawan cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
3/4 cawan coklat (resipi asal choc putih, saya guna choc biasa)
3 biji telur saiz besar (asingkan kuning dan putih)

Cara:-

1. Cairkan coklat (double boiler).
2. Gaul telur kuning, coklat yang dah cair dan cream cheese.
3. Pukul telur putih hingga kembang.
4. Gaulkan putih telur ke dalam adunan.
5. Bakar dengan teknik waterbath 180 darjah Celcius hingga masak.

Kertas tu diletak dalam loyang. mudah nak keluarkan kek.

Nak hiasan boleh la tabur gula ising ke letak buah-buahan ke. Sedap kerana kek ni tak manis sangat.

Sumber : video oleh Epicurious



Friday, March 13, 2009

Kek Milo Microwave

Bahan:-
4 Sudu besar Milo (saya guna minuman choc Savanah)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar susu cair
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar gula (saya kurangkan jadi 3)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder

Cara:-
Masuk semua bahan dalam mangkuk, kacau dan bakar dalam microwave selama 4 minit.

Siap.

Saya nak cuba guna serbuk koko pula sebab rasa koko kurang menyerlah.

Sumber : video oleh Buzzfeed




Friday, February 13, 2009

Nasi Goreng Buttercup

Greetings.

Nak makan tengah hari yang lengkap dan mudah? Jom cuba nasi goreng buttercup ni. Buttercup tu sebab guna mentega jenama Buttercup. :)

Bahan-bahan:
ikut arah jam: bawang merah, bawang putih, cili padi, kobis,
kacang panjang [boleh ganti dengan apa-apa sayur kegemaran anda]
sebiji telur
isi ayam
nasi baki semalam

cara-cara:
cairkan buttercup secukupnya
tumis bawang, cili sampai wangi
boleh blend atau hiris2 je bawang dan ciri tadi
masukkan ayam
agak-agak ayam dah separuh masak, masukkan telur dan kacau
lepas telur dah sebati, masukkan nasi
tidak dilupakan sayur
kacau la sampai semuanya sebati dengan api sederhana
jangan lupa tabur garam ye. nasi tawar tak jamin. he he
siap untuk dimakan
Maaf lah tak ada bakat mengarang. gambar pun amatur je ni guna kamera dalam handphone je. Selamat mencuba :)




Tuesday, January 13, 2009

Ayam Lemak Cili Api

 Greetings :)


Ingredients:-
anti-clockwise: long beans, daun kunyit, tomato, lemongrass
raw chicken, cleaned

anchovies cubes
coconut milk - can be replaced with milk
ground onion and chillies

Methods :

melt butter for fragrance/flavour [can be replaced with normal cooking oil]
put in ground onion and chillies [cili padi]
put in the chicken, mix them well
add water, season [salt] accordingly
add daun kunyit and lemongrass, leave to boil
pour the coconut milk

add the tumeric accordingly
put in the long beans.
stir occasionally to prevent the coconut from breaking  into oil

lastly, put in the tomatoes
ready to serve
Ayam lemak cili api my style.

p/s: Nak lagi ummphh letak la sikit asam keping. sikit je tau.

Happy cooking :)